NiagaIT

Rancangan Peniagaan Komputer


NiagaIT Facebook : Kongsi Masalah

Assalamualaikum… ni dari wall NiagaIT. (boleh like, ada butang kat sebelah kanan).

Sapuan Samion To NiagaIT
Salam. Saja nak berkongsi. Saya berniaga cyber cafe dan trend sekarang perniagaan dibidang ini pada pandangan saya kurang menguntungkan. Apatah lagi dengan arahan pihak berkuasa tempatan di tempat saya ni melarang memasang apa-apa games langsung. Lagi teruk. Yang boleh cuma internet sahaja dan berapa ramai yang nak menggunakan internet? Dalam keadaan sekarang dengan laptop yang semakin murah dan berbagai2 pakej broadband mampu bayar yang ditawarkan oleh ISP. Hmmm.... nampaknya saya perlu tukar strategi dan bidang perniagaan ni... minta pendapat sahabat2

Read the rest…

1 Comment

cyber cafe, setahun yang ditinggalkan…

Assalamualaikum…

sudah hampir setahun tidak update blog ini. Tiada alasan yang sewajarnya. Bisnes naik-turun-turun-turun menjadikan saya kurang motivasi untuk update.

Perniagaan Cyber Cafe – perniagaan yang semakin berisiko tinggi. bukak setahun dua dan terus tutup. internet makin murah. netbook pon dah bawah rm1k.

Perniagaan Pusat Games (CC With games) – kalau kena konsep, memang top. kadar sewaan kena murah, games kena latest, spec kena power, lokasi tip top. Nampak macam menjadi, tetapi selepas 3 tahun, masih tak mampu survive.

Perniagaan Jual Komputer – Pun semakin menurun. Permintaan terhadap PC semakin menurun. Ada permintaan dari SME sahaja.
Read the rest…

No Comments

Soalan Pembaca : Nak buka perniagaan cyber cafe dengan modal RM10 ribu

Salam.

Sebelum ni modal 20k. kali ni lagi rendah, 10k. Camna sahabat semua? boleh ke tak modal start-up 10k?

ada idea untuk sahabat kita nim?


Gambar Hiasan

From : Azalina
To : matdin97@yahoo.com

salam,
sy nk bukak cc..tp ade lam 1o ribu lbh je..so sy nk taulah camane bajet nk bukak
cc..kalo sy nk wat wiring sndiri..cume nk setup network tuk 8pc…brape agran
kos..

8 Comments

Diari Pengusaha : Dugaan hasad dengki

Salam.

ni email dari seorang pengusaha yang ingin berkongsi. Semoga dapat mengambil sedikit pengajaran.

From : xxx@gmail.com
To : matdin97@yahoo.com

Perniagaan cyber cafe saya mendapat dugaan yang amat lain dari yang lain.
Dugaan hasad dengki manusia…
Santau.
Kali pertama jumpa botol macam botol madu tapi dalam dia isi apa ntah. Orang cakap nasib baik saya tak bukak penutup botol tu.
Lepas tu kedai kena pecah, kebetulan hujan lebat malam tu. Orang tak dengar. Barang tak hilang kecuali duit singgit yang 1st saya dapat masa mula niaga dulu.
Ingatkan tak ada apa2, rupanya atas pintu kedai dia letak syiling karat. Atas siling ada batang paip, hujung dia sumbat dengan bunga plastik. Dalam ada serbuk dibungkus dalam plastik, macam orang tanam Alhamdulillah, tak jadi perkara buruk ke atas saya sekeluarga.

Terpaksa cari ustaz untuk membuang benda yang diletak di kedai saya. Rupanya ada tiga barang lagi keliling kedai, botol minyak atar tapi dalamnya hitam, entah minyak apa. Bila dibakar apinya warna lain dan ada bunyi menjerit.

Tak tahulah sebab apa orang tu letak benda-benda tu. Tahulah bila nak mati dan akhirat nanti macam mana azabnya berlaku syirik.

No Comments

Januari Memang Power.

Salam.

Setiap kali datang awal tahun masehi ini, setiap kali itulah jualan akan berada diluar tahap sebenar.


Gambar hiasan.

Jualan aksesori meningkat.
Jualan ink cartridge meningkat.
Jualan notebook meningkat.
Penggunaan internet meningkat.
Perkhidmatan print meningkat.

Berniaga kena ada sistem (cara). Jika anda mempunyai sistem kerja, dokumentasikan. Ini dapat memudahkan kerja anda dikemudian hari. Sebagai pengusaha, semuanya ada dalam kepala kita sahaja. Jarang-jarang orang lain mengetahuinya walaupun insan terdekat kita.

Itulah kehebatan sole props. Kalau semua orang lain tahu, maka tak jadi bisness pulak. Tapi apa akan jadi jika anda sakit atau tidak dapat hadir kerja seminggu dua? Siapakah yang akan mengendalikan sementara anda tiada? Dapatkan pengganti anda melakukan perkara yang sama bagus seperti anda?

Cara saya mudah saja. Dokumentasikan dan ajar staf mengenainya. Jangan tunjuk rahsia pulak. Katakan anda ada 3 staff, 1 staff 1 perkara. 3 staff, 3 perkara berbeza.

Berapa sasaran anda tahun ini? masih mampukah perniagaan komputer mencatat pertumbuhan 2 angka atau lebih besar lagi melebihi 20%? Saya mensasarkan sekitar 10% sahaja. kalau dapat lebih syukur. ingat, doa, usaha, ilmu, tawakal. (duit. macam motivasi skim mlm pulok..)

salam.

No Comments

Bertindak Dengan Profesional

Salam.

Bertindak dengan profesional. Kita perlu jadi pro dan orang lain pun perlu jadi pro. Bila kita sendiri tak pro, susah nak salahkan orang lain yang tak pro nim.


Gambar Hiasan : Sumber Internet

Berniaga ni kena macam fight club. kena tough dan kena pro kalau nak menang tapi belum tentu menang. merepek pulak..

Kita kena pro. Bangun pagi-pagi sediakan semua “to-do-list”. Apa yang terpenting, penting dan kurang penting. Baru pro. Balik kerja, pastikan semua dah beres. Yang belum siap, esok pastikan ianya siap. Disebabkan ketidak pro saya, ada beberapa perkara terlepas pandang.

Orang lain pun kita harap kena pro tapi tak semestinya orang lain tu nak pro. Susah kerja dengan manusia yang kurang pro nim. Pagi kita komplen, petang belum buat lagi. Malam pun belum siap lagi. Esok pagi nak kena beri peringatan semula. Disebabkan orang lain tak pro, kadang-kadang menyusahkan kita.

Jadi kesimpulan untuk post kali ini, kita jadi pro. Jangan sampai kerja tertangguh kalau kita tak nak orang tangguh kerja kita.

Think Positive. Matdin97.

No Comments

7 prinsip utama menjalankan perniagaan dari pandangan Irfan Khairi

Salam.

Saya sebenarnya takdelah nak ambik port sangat pasal mailing list Irfan Khairi nim. Tapi pada hari ini, satu sharing yang sangat menarik. jadi saya kongsi bersama.

pengakuan : tulisan ini diambil dari mailing list Irfan Khairi. hakcipta Irfan Khairi. saya hanya sharing sahaja. salam.

PERTAMA
Usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA
Usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep ‘entiti berasingan’ antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.
Read the rest…

2 Comments

Konsep PDCA Ke Atas Perniagaan Komputer, Pusat Internet dan Cyber Cafe

Salam.

Salah satu konsep yang boleh digunakan dalam perancangan perniagaan (tak kira samada kedai komputer, pusat internet, cyber cafe dan lain-lain) ialah PDCA. PDCA ialah singkatan untuk plan–do–study–act.

pdca ke atas perniagaan komputer, pusat internet dan cyber cafe

Bacaan lanjut boleh dirujuk di wikipedia.
Read the rest…

No Comments

Dari Pembaca : Tips buka perniagaan cyber cafe dengan modal terhad.

Salam.

ni salah satu email yang agak lama dalam simpanan saya.

Azrul Haris

Aku pun baru start buka cc kat area Muar, kawasan pekan kecil tapi padat. Aku beli pc tender universiti kat Singapore 44unit =rm6600 (AMD ATHLON 1600). mouse ngan power cord tkde, Window Original dan stakat ni ada 2 biji yang rosak(ram).
Stakat ni aku start 18 pc, kalau ok bulan depan buka 1 lagi cwangan.
Cadangan aku kpada sesape nak buka cc ni jangan terlalu bergantung kat pekerja untuk 1-3bulan pertama. selain daripada servis ftostate, print, topup korang bleh buat online sale(ebay, lelong, mudah dsb)

Apa komen korang?

perniagaan cyber cafe dengan kos rendah
Gambar Hiasan : Sumber Internet

2 Comments

Pertandingan Pusat Siber Sihat 2010

Salam.

Saya dapati beberapa berita mengenai pertandingan pusat siber sihat 2010 anjuran kerajaan negeri selangor.

Pertandingan Pusat Siber Sihat adalah acara julung kali dianjurkan pada tahun 2010 sebagai satu usaha untuk membantu menyelesaikan masalah perlesenan pusat siber yang dibekukan sejak 2007.

Program ini mendapat kerjasama Persatuan Pemilik Pusat Siber Selangor, Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi mendapatkan maklumbalas akhirnya menjadikan acara ini sebagai salah satu program FesSTIS 2010.

Sumber : HarakahDaily.net

Secara detailnya, apakah acara ini? Siapakah yang terlibat? Ada sapa-sapa tahu, boleh kongsi.

Adakah masalah perlesenan cyber cafe negeri selangor yang dibekukan selama ini akan dicairkan semula?

perniagaan cyber cafe memang mantap jika ada rancangan perniagaan
Sumber gambar : internet

2 Comments
Rss Feeds
Catatan Tambahan :
Mudahnya Membeli Barangan Di Internet. Barangan Komputer, telefon, kereta, motosikal ada dijual dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga cara-cara untuk cepat dan mudah mendapat pendapatan tambahan sehingga menjadi jutawan internet.