PIKOM jangka pengembangan perniagaan berasaskan komputer akan terus kekal pada 2 angka. Inilah yang saya baca dalam akhbar beberapa bulan yang lepas.

Bagaimana dengan anda? Berapa kembang anda sekarang? Kalau tahun lepas, jualan sekitar RM800,000, maknanya tahun ni sepatunta projection tu ialah sekitar RM1 juta.. Sepanjang saya berniaga, syukur kerana masih dapat merasa peningkatan jualan melebihi 20% setahun. Saya juga pernah terbaca satu syarikat besar (public listed) yang mengalami pertumbuhan sekitar 33% setahun.

Atas sebab inilah, sepatutnya, anda semua dah mulakan perniagaan berteraskan komputer. Bak kat MLTR, Better Late Than Never…

Saya dapat cerita ni dari seorang kawan.

Man mengusahakan sebuah pusat komputer berinternet (PKB / cyber cafe). Pada awal penubuhannya, semua berjalan lancar. PC ada lebih dari 10 unit. Man ni kerja memang rajin. Man duduk kat bahagian belakang kedai jer dengan isteri dan sorang anaknya.

Cukup jer duit, dia tambah pc sampai ler jumlahnya lebih kurang 20 buah. Pada zaman tu PKB yang ada 20 pc ni dah kira great dah. Spec PIII dengan Ram 128MB kira hebat dah. Pair dengan GFMX200. Customer boleh tahan ramai. Average budak kecik lah. Sebelah malam ramai dewasa. Kat situ ada banyak appartment yang diduduki pekerja asing (expart). Jadi ramailah datang gunakan internet sebelah malam.

Pada satu hari tak tahu camna, Man ni berkenalanlah dengan budak-budak yang main turbo. Ada modal, dia terus masuk turbo. Pomen boleh tahan gak tak berapa power. Lagi satu, turbo ni, kalau silap setting tak ngam. Jadi Man ni duk asyik main turbo. Sanggup pergi Klang (500km) untuk cari halfcut. Duit pun dah banyak habis. Jadi Man pun start jual PC dia. Pergi KL dia cari Pentium II 2nd hand buat ganti.

Masa tu, internet ni kira caj per minit. Memang mahal kiranya. RM1.50 sejam untuk caj internet + dial up. Sehari bukak 14 jam, dah RM21. Sebulan RM600. Bil pun dah start tertunggak. Kawan-kawan dia hari-hari duk nasihat suruh berhenti main keta. Tapi jenis tak makan nasihat… Bil tertunggak dah makin banyak. Telekom pun start potong line. Internet pun takdak. Malam, kosong jer kedai. Budak-budak takpelah layan CS.

Man ni dah terdesak sangat. Dia start jual satu demi satu pc dia. Kalau dulu dia ganti dengan lower spec, tapi kini tak ganti dah… last sekali tinggal dalam 7 pc jer.. dia pun tutup kedai terus… tapi minat dia dalam arena turbo masih membara.

Jadi beberapa kesimpulan dapat saya buat..
- jangan membazir kat perkara-perkara yang tak sepatutnya.
- jangan sampai bil tertunggak.
- gunakan duit untuk perkara penting dulu, hobi last sekali.
- apa gunanya bukak cyber cafe kalau takde internet…