Pengurusan Kerja

Bagaimanakah caranya untuk menguruskan kerja-kerja harian? Biasanya, pada mulanya, keadaan perniagaan kita tidaklah terlalu sibuk. Kita masih ada masa untuk main-main internet, layan games, layan movie. Lama-kelamaan tanpa kita sedari, semakin banyak kerja tertunggak. Kadang-kadang sehingga melepasi due date seperti membayar bil, sewa, dan lebih teruk lagi, terlepas meeting bersama bakal pelanggan.

Perniagaan kecil memang begitu. Anda tidak keseorangan dalam hal ini. Bagi perniagaan besar, mereka jarang ada masalah. Boss ada PA sendiri. Company ada accountant, kerani akaun, dan macam-macam jawatan sehinggalah despatch dan pembancuh kopi. Bagi perniagaan kecil, kitalah segalanya. Akulah boss dan akulah kuli.. :)

Walaupun anda bos dan anda jugalah pekerja, satu sistem pengurusan masa dan kerja perlu dilakukan. Anda mestilah patuh kepada sistem yang telah anda tetapkan. Berikut ada satu contoh. (biasalah, mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak sesuai untuk anda..)

Senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam minggu tersebut. Bahagiankan kepada 2 kategori utama iaitu dengan due date dan tanpa duedate. Bagi yang mempunyai due date, gunakan sticky note berwarna merah. (urgent…) dan bagi yang tidak mempunyai duedate boleh diletakkan pada sticky note berwarna hijau..

Kerja anda pasti lebih terurus… terlalu banyak kerja sampai tak cukup tangan dan masa? Nanti saya ulas dalam bahagian yang lain…