Berniaga untuk apa?
“Boleh kaya ke berniaga komputer ni bang? Macam best jer..”. Itulah yang sering saya dengar dari anak-anak muda yang saya temui. Baik diruangan sembang, di forum atau secara real-time. Berniaga untuk apa? Mesti ada tujuan kita berniaga. Saya sendiri bermula dengan tujuan untuk memberikan pekerjaan kepada diri saya sendiri. Selepas tercapai, saya kaitkan dengan tanggungjawab sosial saya.
Kaya? Itu mungkin yang saya fikirkan 10 tahun lepas ketika kali pertama melakar-lakar perancangan perniagaan saya yang pertama. Kini, adalah juga impian untuk kaya tapi setakat mana? Kaya itu reletif. Bagi Pak Abu, 10 ribu dah cukup kaya. Bagi Salleh, bangunan 10 tingkat belum tentu kaya. Yang pasti semua orang setuju, kaya dalam roti, tu memang betul-betul kaya.
Sebelum berniaga kena set sasaran untuk beberapa tahun akan datang. Ada orang dah set untuk 10-20 tahun. Mungkin over planning. Bagi yang berusia kurang dari 25 tahun dan masih belum berumahtangga, sasaran berikut mungkin sesuai untuk anda.
tahun 1 – gaji spm
tahun 2 – gaji sijil
tahun 3 – gaji diploma
tahun 4 – gaji degree
tahun 5 – gaji master
tahun 20 – gaji PM.
Sasaran di atas saya gunakan sebagai guideline saya. Selepas tahun ke 4, saya mengambil setakat gaji kelulusan degree sahaja. Selebihnya, saya gunakan untk perniagaan semula. Berniaga atau apa saja kerja yang kita mulakan mestilah diletakan satu sasaran. Ini supaya kita tahu mana harus dituju.

2 Comments until now.
Saya tak mahu ketinggalan mengucapkan terima kasih di atas artikel-artikel saudara.
Memang memberi panduan dan semangat kepada saya.
Apa ulasan saudara untuk cyber cafe yang dibuka di dalam U pula?
sy nk bt biz cc….sy perlukan perunding….bagaimane ye
Comment!