Berniaga Online
Berniaga Online? Kalau kita baca di mana-mana biasanya berniaga online ni seperti jual e-book, jual skim itu dan skim ini. Bagi saya perniagaan sebegini bukan perniagaan tradisional. Ia tidak boleh ditangani dengan kaedah-kaedah tradisional. Saya tak berminat untuk menjual e-book atau apa-apa skim.
Saya pernah mengusahakan satu perniagaan online. Saya pilih satu barang sahaja iaitu memory product dari jenama Kingston. Margin telah saya tetapkan pada RM8 untuk setiap produk. Pada mulanya memang mendapat sambutan seperti yang dirancang. Lama-kelamaan, terdapat banyak persaingan. Harga semakin menjunam, dan saya mula berhenti dari meniaga secara online.
Saya check semula perancangan saya.
- Saya dapati meniaga online memerlukan komitmen yang tinggi.
- Selain dari itu, kaedah pemasaran secara tradisional tidak boleh digunakan.
- Persaing baru boleh muncul secara tiba-tiba.
- Kena revise RP setiap masa.
Jika anda ingin berniaga online,
- produk kena unik.
- harga kena tepat.
- penghantaran ontime.
- proses tukaran?
- jaminan selepas pembelian.
- serius dengan kerja-kerja yang dibuat.
Selamat Berniaga Di Online…

3 Comments until now.
kenapa bergantung kepada satu brand, why not u try the other brand, buat kajian sikit, bukan brand kingston masih lagi yang terbaik cuma manusia ini perlu diberi keyakinan. mencuba dan mencari produk yang jarang kedengaran tapi power seperti brand kingsmax.
salam..
dalam semua part, ada satu brand yang memang dikenali.
processor – intel
ram – kingston
mainboard – asus
speaker – altec lansing
kompeni2 ni telah membuat marketing sehingga brand mereka nampak power. brand2 lain sukar masuk. lebih mudah untuk jual 2 keping ram kingston dengan harga mahal rm10 berbanding nak jual 1 keping ram kingmax yang lebih murah.
itulah dia masalah orang meniaga sebenarnya, kalau kena marketingnya, orang akan boleh menerima, kita memang mahu menjual sahaja tapi risiko dikemudian hari kita tak fikirkan, kalau awak fikir macam tu macam kereta toyata lebih banyak di atas jalan raya di amerika syarikat dari kereta ford walhal kereta toyata dibina kemudian dari kereta ford. Kita mengikut aliran why not kita jadi leader bukan jadi supporter. dare to change
Comment!