Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kegawatan ekonomi dijangka akan tiba dalam masa 18 bulan yang akan datang. Apakah perniagaan berasaskan IT akan terjejas? Teruk, sederhana atau sedikit? Ini kali pertama perniagaan saya menempuh kegawatan. Perniagaan saya memang dibuka dalam masa kegawatan sekitar tahun 2002.
Pada awal 2000, kegawatan yang melanda agak teruk tapi tidak seteruk 1997/1998. Pada masa itu, kerajaan menyuntik secara terus ke dalam industri komputer dengan membenarkan pembelian komputer peribadi sehingga RM3500. Kedai-kedai komputer sangat subur pada masa itu. Sebagai salah seorang ejen secara sambilan, secara purata saya mendapat komisyen RM400 untuk seunit komputer. Sangat tinggi.
Sehingga hari ini, masih belum ada suntikan terus ke industri komputer. Kerajaan Terengganu pula akan mengagihkan 25,000 unit komputer Classmate dengan kerjasama Intel dan DBP. Siapakah yang akan membaikpulih dan membekal komputer ini? Berdasarkan kepada yang lepas-lepas, pelanggan memilih yang perlu dan yang murah sahaja.
Semasa kegawatan ini, tumpukan rancangan perniagaan anda kepada kos rendah.
- Kurangkan kos perniagaan.
- Tumpukan jualan peralatan berkos rendah.
Namun begitu, kos pemasaran hendaklah ditingkatkan. Hanya pemasaran yang berkesan akan membantu perniagaan anda.

1 Comments until now.
Software/Perisian Utk Jimat Kos Operasi, sesuai untuk CyberCafe, Pejabat, Sekolah.
Software untuk kongsi 1 CPU dengan 8 Monitor serentak…Sungguh Jimat..
Berminat hubungi saya jamil_syukran@yahoo.com
Comment!