Assalamualaikum..
Buat komputer brand sendiri? Apa yang ditakrifkan sebagai brand sendiri? Semua part mempunyai jenama sendiri. Agak sukar untuk membuat komputer dengan jenama sendiri. Kebanyakkan kedai komputer mempunyai jenama sendiri. Jenama ini sekadar tampalan sahaja pada casing komputer.
Ada beberapa kes yang lebih baik seperti Dell atau yang agak baik seperti my10, Mimos dan lain-lain.
Komputer Dell
- Casing custom, memang lain dari yang lain.
- Monitor jenama sendiri.
- Mainboard custom, jenama sendiri.
- Keyboard & Mouse pun jenama sendiri.
- Power supply jenama sendiri.
- Hard disk, optical drive, processor, memory module bukan jenama sendiri.
Komputer Mimos
- Casing biasa tetapi ada cop Mimos
- Monitor biasa tetapi ada cop Mimos
- Keyboard pun ada cop Mimos.
- Dalam semua takde cop Mimos.
Mungkin dengan contoh komputer Mimos tu kita boleh ikut untuk keluarkan brand kita sendiri.

0 Comments until now.
Comment!