Jimat Kos – Gunakan Semua Sumber Yang Ada

Assalamualaikum.

Antara faktor yang membolehkan perniagaan kita sentiasa bersaing ialah kos operasi yang sangat rendah. Rendah-rendah pun janganlah sesekali jadi kedekut pula. Kebanyakan perniagaan yang gagal akibat dari aliran tunai yang lemah.

Salah satu cara yang mudah ialah menggunakan semua sumber yang ada. Kadang-kadang sumber ni percuma saja

Antara sumber yang ada
- tenaga / manusia
- komputer / peralatan
- kemahiran

Sebagai contoh, Salam ada beberapa orang pekerja. Pada hari yang sibuk seperti Jumaat, Sabtu dan Ahad memang tak menang tangan melayan pelanggan. Tapi pada hari-hari lain, banyak masa dihabiskan bersembang sesama sendiri.

Kes di atas merupakan salah satu sumber yang ada tapi tidak digunakan sepenuhnya. Jadi En. Salam boleh mengarahkan pekerjanya untuk membuat sesuatu yang lebih baik. Katakan sebelum ini, En. Salam menghabiskan kira-kira RM500, untuk mengedarkan risalah. Dengan mengarahkan pekerjanya mengedarkan risalah pada masa-masa kurang pelanggan, En. Salam boleh mengurangkan kos pengedaran risalah.

Ramai yang berkata, susahlah nak suruh pekerja buat benda-benda lain ni.. Anda ketua, apa yang perlu anda buat ialah mengarahkan mereka. pada mula mungkin agak sukar, tapi lama-lama…

Antara sumber yang boleh digunakan
- PC Lama – Buat kiosk
- Ruangan kedai yang tak digunakan
- Masa pekerja
- Supplier (better term, freegift, free delivery)

Fikirkan apa sumber yang terlebih dan gunakan dengan sepenuhnya.. tapi jangan overuse..