Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menghadapi pelanggan cerewet merupakan satu perkara yang sangat besar. Samada anda tahan atau tidak. Sebab tu tak ramai orang boleh berniaga. Pelanggan cerewet ni memang bermasalah. Kadang-kadang sampai terbawa-bawa balik ke rumah. tension..
Bagi saya pelanggan cerewet ialah art of business. Benda ni menjadikan perniagaan tu lebih menarik. Ingat syarikat besar macam Dell, Compaq, Acer, dan lain-lain tiada pelanggan cerewet?
Saya bahagikan pelanggan cerewet kepada beberapa jenis.
1. Cerewet tapi jenis tak kisah nak bayar.
Bagi golongan ni, saya pun tak kisah untuk handle. Golongan ni biasanya jenis return customer. Yang ni, layan betul-betul.
2. Cerewet tapi nak murah
Saya amalkan standard charges. Jadi tak akan timbul isu nak murah. Pelanggan dalam kategori ni boleh jadi return customer atau jenis sekali lalu saja.
3. Cerewet macam King.
Semua nak murah, dia saja yang betul, dia saja yang pandai, kedai tipu, kedai curi barang pc dia, kedai format tak betul. Macam-macam alasan. Orang macam ni suka bawak mulut. Kalau lelaki, baik tukar jantina. Pelanggan jenis ni sekali lalu sahaja. tak perlu layan lebih-lebih.
Customer is king. Ni yang saya belajar dalam kelas perdagangan. Customer is always ringht. Ni yang saya belajar dalam kelas usahawan. Dalam dunia perniagaan, saya perbetulkan jadi, Pelanggan Tak Semestinya Betul, Pelanggan Mesti Dibetulkan. Maksudnya, kita kongsi pengetahuan yang kita ada dengan pelanggan. Kita betulkan apa yang tak betul. Dengan ini, bagi pelanggan betul (real customer), dia akan jadi pelanggan tetap kita.
Berapa ramai pelanggan cerewet? Tak ramai sebenarnya. Pelanggan cerewetlah menyebabkan ramai tak jadi meniaga.. jadi kita sebagai peniaga ni memang akan jumpa masalah ini. 1 dalam 100 saja…

0 Comments until now.
Comment!