Assalamualaikum… dan salam sejahtera..

Berapa Lama Jangkahayat Komputer?
mmm.. susah gak nak jawab. bergantung kepada cyber cafe anda. saya bahagikan kepada 3 jenis cybercafe
1. internet sahaja
2. internet & online games
3. internet dan semua jenis games


1. internet sahaja (basic spec)
- sehingga komputer rosak dan tak boleh digunakan lagi. biasanya 3 hingga 5 tahun. Selepas tu, sepatutnya ditukar baru.

2. internet dan online games (spec pertengahan)
- 2 hingga 3 tahun. 2 tahun dah sesuai untuk tukar kepada komputer baru kerana requirement juga sudah berubah.

3. Semua jenis games (spec power)
- 6 bulan – 18 bulan. Saya rasa setahun merupakan masa yang sesuai untuk update semua spec komputer.

Perlu ke tukar spec PC ni?
- sangat perlu. kalau perniagaan anda tidak mampu menukar set pc setiap 3 tahun, perniagaan anda bermasalah. Kalau mampu tapi tak tukar, lain cerita yer.. Komputer merupakan barang yang cepat rosak. Bagi pengiraan cukai, hanya 2 tahun sahaja susut nilai bagi komputer dan peralatan.
- Imej perniagaan kena jaga. Sekarang paling kurang Pentium 4, ram 512MB. Kalau masih dengan pentium 3, 15″ screen, bila nak berkembang. pelanggan pun pandang lain macam. tokei pakai bmw tapi keyboard kat cybercafe berkulat..
- tukar pada masanya juga dapat mengurangkan kos pekerja untuk membaikpulih. part-part yang belum rosak boleh jual sebagai barangan terpakai.
- sentiasa di depan persaing anda. tapi jangan sampai terlampau laju.

ok.. selamat merancang dan selamat berniaga..