Assalamualaikum…
Saya perhatikan ramai diantara kita pengusaha / usahawan jarang mementingkan ruangan privasi di pejabat atau di rumah. Hanya usahawan berkelas atau usahawan berjaya yang ada ruang privasi atau ruang pejabat di rumah. Usahawan kecil dan usahawan teknologi maklumat juga perlu ruangan sendiri ini. Tak kira anda kecil atau anda besar.
Dengan adanya ruangan sebegini, kita mampu berfikir dengan lebih baik dan lebih kreatif. Ruangan sebegini akan memberikan sedikit privasi tanpa gangguan.
Selain ruangan privasi, selalulah beriadah dan mengambil angin di tempat yang luas dan jauh mata memandang.

0 Comments until now.
Comment!