nak tanyer soalan
1. Apa masud dan fungsi lesen PBT?
2.Bagaimana nak dapatkan lesen PBT?

Ni merupakan soalan yang selalu ditanya. saya akan cuba menjawab setepat mungkin. Namun begitu jawapan yang paling tepat berada dalam poket PBT sendiri.

PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pihak yang berkuasa bagi satu-satu kawasan. Contohnya PBT Pasir Gudang berkuasa bagi kawasan Pasir Gudang sahaja. Kawasan Masai yang bersebelahan tertakluk kepada PBT MPJBT. Undang-undang yang diguna pakai oleh PBT biasanya undang-undang kecil.

1. Apa maksud dan fungsi lesen PBT?
Lesen PBT biasanya merujuk kepada lesen kebenaran premis. Setiap premis yang ada akan dilesenkan dan diberi kebenaran tertentu. Contohnya lesen Cyber Cafe. Ada sesetengah PBT sudah tiada peruntukkan untuk mengeluarkan lesen baru. Fungsi lesen ini ialah menajdikan perniagaan itu legal atau sah beroperasi di bangunan atau premis tersebut.

2. Bagaimana nak dapatkan lesen PBT?
Kunjungi PBT berhampiran anda. Maklumat tersebut sentiasa ada di situ. Secara umumnya tatacara adalah seperti berikut.
- permohonan kepada PBT
- PBT akan meminta sokongan Bomba.
- Bomba datang check. pastikan semua peraturan dipatuhi seperti pintu kecemasan, fire extinguisher, signage keluar, larangan merokok, wiring letrik dll. semua patuh surat sokongan akan dikeluarkan.
- PBT bawa masuk mesyuarat majlis. dan jika tiada bantahan dan comply dengan semua rules, lesen akan dikeluarkan.