Salam..
Bajet : Satu Kewajipan Dalam Perniagaan
Tidak kira berapa nilai perniagaan anda samada ianya satu ribu atau satu juta, anda masih perlukan beberapa siri perancangan. Salah satu perancangan ini diterjemahkan kepada bajet. Kalau anda biasa tengok setiap tahun akan ada siaran langsung bajet negara.
Apa yang selalu disebut ialah berapa peratus untuk ini dan berapa peratus untuk itu. Bajet defisit atau tidak defisit. Kalau dalam perniagaan, bajet anda mesti positif iaitu bajet mestilah lebih kecil dari jangkaan untung kasar tahun tersebut.
Bajet ni ikut masing-masing dan berikut ialah satu contoh.
Dalam bajet ini senaraikan mengikut
- belanja tetap (sewa, maintenance kedai
- belanja berubah
- pengangkutan (kereta, servis kereta, petrol, courier)
- marketing
- maintenance aset tetap (baikpulih komputer dll)
- pembelian aset tetap
- gaji
- elaun pengarah
- bonus
- bonus pengarah / pemilik
- tambahan stok
senaraikan apa saja yang anda rasa perlu. senarai ini mestilah material iaitu dalam jumlah yang besar. kalau sekadar beli beg plastik rm5 sebulan, tidak perlu ada dalam bajet. letak dibawah satu belanja pelbagai.
Buatlah pakai excel. ada 3 kolum. kolum 1 untuk keterangan. kolum 2 untuk jumlah dan komlum 3 untuk peratus.
gaji >> 30,000 >> 25% = 30,000/total bajet %
tambahan stok >>30,000 = 25%
dll
setiap bulan, buatlah sedikit report mengenai bajet tersebut. kalau dah terlebih bajet, cuba perbaiki pada bulan-bulan seterusnya. dengan adanya bajet ini, cashflow juga akan menjadi semakin cantik. perniagaan juga akan dapat dipantau dengan lebih tepat. kalau perniagaan nak bungkus sekalipun, kita akan cepat sedar.

1 Comments until now.
SALAM..BOLEH BAGI CONTACT NUMBER X ,NAK TANYA LEBIH DETAIL TENTANG PENGIRAAN INI ..
Comment!