Salam gawat tapi bisness mesti steady..

Berapa pertumbuhan perniagaan anda tahun ni berbanding tahun lepas? ada kembang atau semakin kuncup? Cara mudah ialah buat perbandingan jualan bulan ke bulan. Jumlah jualan Jan – Mac 2008 dibandingkan dengan jualan Jan – Mac 2009. Buat peratusan dan tengok berapa peratus meningkat.

Ekonomi kita dikatakan berkembang sekitar 4-5 peratus. Tapi tu tahap kompeni besar. Kalau kompeni kecik, jumlah tu mesti 2-3 kali ganda. Kalau semakin menurun, kena ambil tindakan cepat, pantas dan tepat.

Ada pengusaha pusat komputer yang buka cawangan baru. Maknanya bisnes takdelah teruk mana. Ada pengusaha yang semakin nazak. Asyik main sembunyi2 dengan supplier.


Perniagaan saya juga terjejas jugak. Tapi bukan sebab gawat tapi sebab serangan hendap saingan. Teruk jugak kena tapi bulan Mei ni, jualan dah stabil semula. Bagi tiga bulan pertama, peningkatan jualan boleh tahan. Bulan 4 sehingga pertengahan Mei, jualan sangat perlahan.

Apa yang penting, sentiasa pastikan perniagaan kita sentiasa berkembang. Buat kajian sebelum terlambat. Kalau kena serang, pastikan kita mampu bertahan. Kalau terlebih power, boleh menyerang balas semula.

Pastikan perbelanjaan anda adalah 80% sahaja dari untung kasar anda. Gunakan baki 20% untuk perkembangan perniagaan.