Salam..
Sebelum ini saya ada menulis mengenai Menguruskan waranti sangat memeningkan kepala.. Ada yang bertanya, susah sangat ke nak menguruskan warranty?
Ramai yang buat rancangan perniagaan pusat komputer tanpa memasukkan kos warranty dan stok rosak. Ini kerana sebelum terlibat dengan perniagaan, kita tiada pengetahuan pengurusan dan perjalanan perniagaan. Kita sangat hebat dengan teknikal dari windows 3.1 sampai windows NT sehinggalah windows 7, tapi kita takde peluang untuk belajar tentang perjalanan pengurusan perniagaan. bagi yang bekerja di bahagian pengurusan kedai komputer, mungkin lebih arif
Saya ada satu bajet khas untuk warranty. Saya malas nak layan pelanggan bermasalah, jadi saya buat sistem warranty saya sendiri. Biasanya saya tukar baru terus. Dari mainboard, hard disk, printer, ram atau pendrive.
Jika saya jadi pelanggan, saya nak barang yang saya beli elok sepanjang tempoh warranty. jangan bagi warranty sekadar nak sedap ayat. Itu pandangan saya sebagai pengguna. jadi saya cuba apply benda tu dalam real business.
Hasilnya, saya dapat return customer yang sangat berpuashati. Ye lah, LCD rosak, saya bagi yang baru ajer. Tak perlu tunggu 2-3 bulan macam kedai-kedai lain. Saya wujudkan kelainan yang memang sukar untuk orang lain buat.
Benda ni bagus
1. Tak peningkan kepala saya nak menguruskan warranti.
2. tak pening kepala staff nak jawab dengan kastemer yang suka sumpah seranah.
3. Marketing agent, khabar dibawa dari mulut ke mulut.
4. Rugi? mmm entahlah.. rahsia perniagaan tapi memang rugi.

7 Comments until now.
Wahh..
Best la kedai abang.. Ada one to one warranty..
Salam,
Tahniah dah ada blog sendiri.
Taruk la shoutbox. baru interactive sikit.
Blog saya tu pun xde, sebab blog free.
Ingat nak swictch tu blogspot pulak, takpun upgrade pakai hosting n domain sendiri.
Faris : Tu rahsia perniagaan tu. takleh nak dedah semua.
smartmedia : nak ada blog dan domain sendiri tak mahal mana dah. dalam rm100 setahun jer. contact abg Faris kita.. harga terbaik, servis tiptop..
1 by 1 ngan kustomer mmg ok.tapi kena ingat kita ni jual sahaja.x lebih dari itu…pastu ngan supplier nak 1 by 1 jugak? biasanya supplier akan repair@ganti kompenen yang rosak jerk…pastu ikut brand yang dijual jugak………….kalau samsung atau Philips atau reliable brand jual 10 balik 1 ok lagik….kalau jual brand like BEnq atau acer atau chemei jual 10 balik 4 atau dah waranti problem lagik??? masak bro…….
tapi kalau brand benq ngan acer tu kita x jual pesaing kita jual…..siapa yang market share dia tinggi@sales dia banyak?……….
zaman sekarang ni x boleh kata “`ohh saya tidak jual brand sebegini kerana brand ini tidak bagus@berkualiti““
LCD tu sendiri ada banyak probelm…kadang2 dot dot ada kat screen……kadang2 no power….kadang-kadang keluar garisan halus jerk lurus……….
dia berniaga cam lowyat tu senang….order banyak2 pastu carik lokasi jauh-jauh…kemudian jual murah-murah….nak claim waranti mintak resit la mintak apa la……..
ni trend bisnes aku perasan la
barang mahal/sevice bagus bangat
barang murah/service macam apa
korang pergi lowyat…nak beli ram korang tanya soalan2 macam ram ni ngam ke x ngan ram lama …diorang nak jawab ke? mana ada!!!!…..tapi end of stroy korang beli gak…..pasal apa??? pasal dia jual murah…malah termurah kat situ…nak gi kedai abeng atau kedai ali barang mahal la pulak…!!!!
aku suka tengok bisnes kat lowyat.kepala x pening.kalau ada staff pun leh gaji murah2…no need expert untuk jual komponen pc just tahu slot dah cukup….sesuai la ngan gaji dia….berapa jerk kena bayar kan?? pastu kalau staff ni agak `lama` kasi reject keluar.amik yang fresh…bayar balik gaji murah…wkakakakaka.
kalau korang claim barang korang bagus@kualiti kena buktikan……
industri komputer ni dia ada 3 bende….
sales/service/support ……..
Dulu boleh la.sekarng kalau buat macma tu gali kubur sendiri.die in second.pasal kita hanya delaer.reseller.tukang jual.atas kita ada tukang distribitor.tukang import.yang tukang import ni macam !@#$%^& selalu import barang yang murah.setakat boleh pakai.pastu main kuantiti.sekarnag ni pun dah cepat….barang komputer ni tak payah tunggu rosak.keluar baru kat pasaran je sesiapa simpan stok mmg mati la jawabnya.Simpan cap LG sahaja mati jugak.pasal LG tak murah…simpan Yang cap Chimei sahaja pun mati jugak.pasal orang akan kata barang kita mahal (padahal mmg dah murah).kalau tak simpan stok baru nak amik dari supplier alamat orang mmg beli kat pesaing la jawabnya.pesaing conquer market dulu.yang rugi siapa?
kalau dah order banyak-banyak tu soal kualiti out la.korang pun order 10 bukan korang bukak plastik test masa tu.bila nak jual baru test betul tak? lepas kustomer beli baru tahu bende tu tak elok.yang beli tu pulak sengal.ingat kita tahu semua bende.
1. beli setakat yang boleh jual, bukan ikut berapa salesman nak jual.
2. org lain tak mampu, bukan bermakna semua org tak mampu.
3. kenapa dell boleh ganti terus apa yang problem? a. ada margin. b. peratus rosak tu tak tinggi. c. kalau takut bermain warranty, bukak bisnes yang takde warranty langsung.
4. kenapa warranty di lowyat plaza problem? a. margin kecik. nak hantar balik pun tak cover untung.
Comment!