Salam..
Dalam post sebelum ini, saya ada menyatakan jualan saya untuk 5 tahun pertama. Disebabkan statement ini, ada yang anggap saya jutawan. opsss belum lagi. InsyaAllah, pelan-pelan kayuh, bak kata Ayob (tokei cyber cafe di bus stand masai). Perjalanan saya baru 7 tahun. Banyak lagi yang saya belum tempuhi, antaranya ialah berniaga di musim gawat seperti sekarang.
Saya mensasarkan juta yang kedua dalam masa 3 tahun. Saya bukanlah pekedai besar seperti di lowyat yang menjual sehingga 2 juta sebulan. Saya juga bukan peruncit komputer besar di Kuala Terengganu yang menjual rm2 juta setahun. Saya juga belum capai tahap pengedar yang mampu jual rm2 juta dalam masa 2 tahun pertama.
Ada pengimport dan pengedar yang untung bersih saja melebihi 100k sebulan. Bukan jualan ya.. Bagi saya perjalanan masih jauh.
Masa saya pertama kali buat rancangan perniagaan, saya tulis visi saya untuk menjadi major player untuk perniagaan komputer di Terengganu. Saya terlupa nak tulis dalam masa berapa tahun…
Jadi bila saya mula berniaga, saya letak sasaran, 5 tahun untuk survive. 5 tahun selepas itu untuk pengembangan dan 5 tahun seterusnya untuk mantap. Sekarang, kiranya saya berada di fasa ke 2 iaitu untuk pengembangan.
Cara cepat untuk berkembang ialah dengan membuka cawangan baru. Namun begitu saya amat berhati-hati dengan idea ini. Ini kerana saya dah ada keluarga dan pendapatan sudah stabil. Saya play safe dan bermian dengan risiko yang minima.
Berniaga ni adalah bermain dengan risiko. Cuma beza antara usahawan ialah banyak mana risiko yang dia sedia main. Usahawan bijak akan sentiasa bermain pada tahap calculated risk. Usahawan hentam kromo tak kira risiko. Dia akan hentam saja.
Fasa 1 : Perniagaan survival
Fasa 2 : Pengembangan perniagaan
Fasa 3 : Kematangan perniagaan
Saya berdoa agar perjalanan selepas ini akan smooth..

0 Comments until now.
Comment!