Salam…

Catatan Usahawan Komputer / Cyber Cafe – Faktor Kegagalan No 1 : Tidak Cukup Duit

Dalam perniagaan, kita kena pastikan sentiasa ada cukup duit untuk pusingan. Dengan modal yang sangat terhad, perniagaan saya berkembang dengan terbatas. Pertumbuhan postifi tetapi terbatas. Oleh sebab itu saya sangat-sangat memerlukan duit untuk membeli stok yang lebih banyak.

Agak sukar nak buat pinjaman bank atau mana-mana pinjaman. Cara termudah ialah softloan dari adik beradik, kawan-kawan dan sesiapa yang nak bagi pinjam.

Melalui abang saya, satu pinjaman peribadi dibuat. Pinjam 10k dapat 8.2k. Oklah dari takde duit langsung. Masa ni, perniagaan saya dah lebih beroperasi. Dengan duit tu, dapatlah saya membeli beberapa rak dan stok baru.

Ketidak cukupan modal pusingan sangat berbahaya. Ianya boleh meranapkan perniagaan anda. Cukup modal pusingan tetapi tidak cukup duit untuk tambahan modal tidak mengapa. Namun begitu, kekurangan modal tambahan akan menjadikan pertumbuhan perniagaan perlahan.

Contohnya di sebuah pasaran rm50 ribu, tetapi anda hanya mampu membekalkan rm 20 ribu sahaja. Anda sudah kerugian pertumbuhan perniaagan. Dari segi perniagaan tidak rugi apa-apa.

Cara paling mudah untuk dapatkan tambahan modal ni adalah melalui softloan daripada orang-orang yang kita percayai.