Salam…

Ada masa saya terlalu sibuk dengan perniagaan. Jadi agak terbatas waktu untuk menulis di ruangan ini. Saya cuba tulis seikhlas yang mungkin. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi.

Ada yang tanya, hebat sangat ker perniagaan saya? Jawapannya, perniagaan saya terletak di kawasan kampung saja. Takde hebat mana. Tulisan saya bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Kalau anda rasa tulisan saya berfaedah, gunakan. kalau anda rasa takde guna, biarkan saja.

RM1 juta pun jadi isu. Saya buat jumlah jualan RM1 juta dalam masa 5 tahun lebih. Kedai kat Lowyat buat jualan 1 Juta dalam masa setengah bulan. Kalau anda rasa anda lebih baik, kongsi-kongsilah pengalaman anda. Saya bukan jutawan pun. Duit kat bank pun kadang tinggal 4 angka saja. Jadi, kalau anda rasa anda lagi bagus, tak perlu ikut nasihat atau saranan dalam blog ni.

Apa Itu Selesa (Comfort Zone)?
Ada yang tanya pasal selesa. Selesa ni beza2 ikut individu tu sendiri. Bagi saya sendiri, saya dah selesa dengan keadaan perniagaan saya. Saya memang nak lagi power, tapi power tu sendiri ada harganya. Bukan cukup dengan modal yang kecil.

Selesa bagi saya ialah pendapatan perniagaan saya lebih kurang 3x perbelanjaan peribadi saya. katakan pendapatan perniagaan saya (selepas bayar semua gaji, sewa, bil dan yg berkaitan perniagaan) ialah rm3600. jadi saya akan sesuaikan kehidupan saya dengan jumlah berikut
- rm1200 untuk belanja peribadi (sewa rumah, bil, makan, susu anak dll)
- rm1200 untuk simpanan
- rm1200 untuk pengembangan perniagaan (tambah stok, tambah aset).
Saya akan selesakan diri saya dengan RM1200 tu. Jadi saya selesa dengan RM1200.

harap maaf, kalau ada kekasaran yang tidak dsengajakan.

note
1. pendapatan perniagaan saya adalah rahsia. jumlah di atas adalah ilustrasi sahaja. Saya pernah merasa jumlah itu diawal-awal perniagaan.
2. Untung buat bisness ni. Kereta bawah perbelanjaan perniagaan.