Salam. ini bahagian ketiga dan yang terakhir saya tulis.

Pemilihan Corak Pengurusan CC
Apa yang dimaksudkan corak ialah bentuk CC yang ingin dibina. Corak CC yang paling banyak ialah berkonsepkan Internet sahaja. Jika berkemampuan, cubalah menambah perkhidmatan yang lain untuk menambahkan jumlah pendapatan. Antara add on ialah
1. pusat perkhidmatan baik pulih PC
2. Photocopy / Fax / Laminate
3. Kedai makan
4. Pusat jualan top-up card / telefon

Modal
Terdapat pelbagai sumber yang boleh kita usahakan untuk mendapatkan modal. Antaranya ialah

1. Duit simpanan.
2. Pinjaman dari ahli keluarga (tanpa faedah)
3. Pinjaman peribadi (faedah sekitar 7% setahun)
4. MARA (faedah 4% setahun)
5. Yayasan TEKUN Nasional (tanpa faedah)
6. CGC (faedah sama cam bank)
7. Skim-skim dibawah Belia dan yang sewaktu dengannya…

Duit Simpanan
Ini merupakan kaedah yang paling senang dilakukan. Paling cepat lulus…
Jumlah Maksima : Ikut yang ada
Bayaran Balik : Tak payah bayar balik
Faedah : Percuma.. smile.gif
Tempoh Kelulusan : Serta Merta
Syarat Lain : Takde.. ikut sedap hati je..

Pinjaman dari ahli keluarga
Pinjaman ini juga tanpa faedah tapi kena ada taktik dan teknik yang betul.. kalau kena gayanya, memang dapat.. kalau tak kena gayanya.. mendapat… kalau dah dapat tu, pandai-pandailah jadualkan pembayaran balik kepada mereka… jangan buat lupa je..
Ini merupakan kaedah yang paling senang dilakukan. Paling cepat lulus…
Jumlah Maksima : Ikut yang diaorang sanggup bagi
Bayaran Balik : Ikut perbincangan
Faedah : Percuma.. smile.gif
Tempoh Kelulusan : Tengok mood diaorang…
Syarat Lain : mmmmm..

Pinjaman Peribadi
Saya paling menggalakkan pinjaman peribadi.. tapi pastikan dari Bank sahaja.. bukannya kedai sebelah bank… faedah yang dikenakan biasanya ialah BLR + 1%.. kalau sekarang ni sekitar 7%.. Kebanyakkan bank ada skim ni.. cuma kena cari penjamin kakitangan kerajaan atau badan berkanun.
Ini merupakan kaedah yang paling senang dilakukan. Paling cepat lulus…
Jumlah Maksima : Sehingga RM50,000
Bayaran Balik : Sehingga 5 tahun
Faedah : BLR + 1%
Tempoh Kelulusan : 3 – 4 minggu
Syarat Lain : Dua penjamin dengan seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun

MARA
Pinjaman dari MARA memerlukan satu kertas kerja yang baik dengan perancangan yang teliti. Untuk meminjam memrlukan penjamin atau cagaran seperti tanah atau harta benda.
Ini merupakan kaedah yang paling senang dilakukan. Paling cepat lulus…
Jumlah Maksima : Ikut pelan, RM250,000
Bayaran Balik : Sehingga 5 tahun
Faedah : 4%
Tempoh Kelulusan : 1 – 3 bulan
Syarat Lain : Penjamin atau cagaran harta, kertas kerja

Yayasan TEKUN Nasional
Ini merupakan satu lagi jenis pinjaman tanpa faedah. Cara memohon agak senang dan mudah (macam nak pinjam ngan Along).. tapi nak tunggu lulus adalah lebih kurang (paling cepat) 3 bulan.. ada yang sampai 6 bulan.. tapi takde faedah.. kalau ada, bebrbentuk yuran pengurusan sekitar 1 – 3%… cara bayaran balik ialah 2 minggu sekali selama 24 bulan..
Jumlah Maksima : RM20,000
Bayaran Balik : 2 tahun
Faedah : Tiada
Tempoh Kelulusan : 3 – 9 bulan
Syarat Lain : Ahli UMNO

CGC / Credit Guarentee Corp
Sama macam MARA tapi faedah ialah seperti Pinjaman Peribadi.
Jumlah Maksima : Ikut pelan, RM250,000
Bayaran Balik : Sehingga 5 tahun
Faedah : BLR + 1%
Tempoh Kelulusan : 1 – 3 bulan
Syarat Lain : Penjamin atau cagaran harta, kertas kerja

Pinjaman Lain
Terdapat juga pinjaman lain yang diberikan oleh agensi kerajaan. Namun begitu jauhilah Tai Long…

Catatan 2009
- dah banyak yang berubah tapi panduan ini masih boleh digunakan.