Salam Ramadan buat semua.
Sudah lama tidak mengemaskini laman ini. Mungkin masa membataskan penulisan saya. Setiap tulisan saya mengambil masa 2-3 jam untuk ditulis. kecuali bahagian santai, ianya spontan.
Ramadan tiba lagi dan inilah masanya untuk kita menilai diri sendiri. Syaitan sudah dikunci tapi nafsu kita macamana?
Bagi memudahkan pengiraan, saya membayar zakat harta dan perniagaan pada setiap kali ramadan. caranya mudah sekali iaitu, jumlah harta kita tolak jumlah tanggungan kita dan darabkan dengan 2.5%. Itulah nilaian harta bersih kita.
Kelebihan berzakat ni, terutamanya rezeki kita akan meningkat lagi tahun depan. InsyaAllah. Dan yang kedua ialah zakat perniagaan boleh ditolak terus untuk cukai pendapatan. Katakan cukai pendapatan yang kena bayar ialah RM2000. Tapi anda sudah membayar zakat perniagaan sebanyak RM1800. Anda hanya perlu membayar RM200 kepada LHDN. Pahala pun dapat, tanggungjawab terhadap negara pun kita tak lari.
Salam.
p/s : semua soalan berbangkit boleh rujuk dalam post2 lepas.

0 Comments until now.
Comment!