Salam.
Malas nak senaraikan banyak-banyak. Jadi saya senaraikan 2 faktor utama kenapa perniagaan cybercafe ni tak boleh bertahan lama.
Dua faktor terpilih (yang saya pilih) ialah :
1. Tidak Update Dengan Persaingan.
2. Pengurusan / Pengetahuan kewangan yang lemah.
Tidak Update Dengan Persaingan.
Persaingan sentiasa ada setiap hari. Tidak kira persaingan dekat atau jauh, mesti tetap ada. Bila perniagaan cyber cafe kita sudah establish, maka cyber cafe kita mempunyai pelanggan tetap. Sesetengahnya ialah kipas-susah-mati.
Walaupun perniagaan kita sudah establish, tidak semestinya pelanggan akan kekal. Kipas susah mati pun boleh mati. Sebagai peniaga yang nak berniaga lama, tolonglah update sikit dengan persaing kita tu. Semua jiran2 dah pakai Intel Core2 Duo, kita masih berbangga dengan Pentium III with MMX. Jauh sangat kena tinggal tu. Tolong update yer…
Pengurusan / Pengetahuan kewangan yang lemah.
Kebanyakkan owner cyber cafe yang saya kenali ialah pemuda-pemuda bersemangat tinggi. Mereka ni biasanya mempunya pengetahuan kewangan yang lemah. kadang-kadang sangat lemah. Sebagai peniaga, paling asas kena tahu aliran tunai atau cash flow. Rules dia, cash must flow.
Bila pengetahuan asas sebegini pun kita fail, maka pengurusan kewangan yang lebih besar akan turut fail. Kalau kita ke kawasan yang mempunyai berpuluh2 cybercafe dalam 1-2 km persegi, biasanya perang harga memang berlaku. Sampai tahap paling teruk, bunuh persaing melalui perang harga yang melampau. Owner yang tebal modalnya memang mampu bertahan. Tapi yang lemah, akan gagal.
Perang harga ialah satu kaedah promosi tapi tetap kena ada perancangan. tanpa perancangan yang teliti seperti membunuh perniagaan. Perniagaan cyber cafe bermula dengan kadar sekitar RM12 sejam pada tahun 1996/1997. Selepas itu terus turun sehingga RM4-RM5 pada tahun 200. Sekarang pada tahun 2009, kadar purata yang dikenakan ialah sekitar RM2-RM3. Ada juga yang menawarkan pakej seperti RM5 utk 3 jam. Ianya lebih munasabah dari anda terus membunuh pasaran dengan RM1.20 sejam.
Apa-apa pun, ini hanya pendapat saya. Pandangan tokei2 lain sangatlah dialu-alukan.
Majulah bisness cyber cafe untuk negara. 1Malaysia, 1Kadar Cyber Cafe. RM2.50 sejam.

11 Comments until now.
Saya rasa ada masalah lain yang menghantui pemilik pemilik kafe siber di seluruh negara… bagi yang lurus bendul, kemungkinan masalah utama ada untuk memenuhi segala arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan… Keremehan perkara sebegini menyebabkan banyak yang menyongsang melawan arus lalu terjebak dengan segala aktiviti terlarang atas perasaan menprotes kepada pbt…
sebagai peniaga yang nak bertahan lama, yang paling penting ialah menjadikan perniagaan anda sah.
mungkin ada yang nampak macam lurus bendul, tapi nak bagi legal, kena ikut jugak peraturan. Kalau dah takleh bagi legal, kena jadikan ianya grey.
jangan sesekali bagi jadi hitam sudah…
p/s : cantik website..
Ya aku sokong dengan kenyataan MatDin97…
Untuk pengusaha cybercafe melayu aku nasihatkan agar mendapatkan lesen perniagaan dari pihak PBT di kawasan anda..maklumlah bila x der lesen ni ada yang ambil kesempatan..mulalah nak kena rasuah kat orang tertentu…tuuuutt..kita pulak lah yg letih..
Aku sendiri adalah pengusaha CC yg sdg merasai keperitan apabila pc d rampas pihak polis atas alasan tiada lesen walaupun permohonan telah pun d pohon..yg peliknya kedai judi berdekatan semakin rancak….inilah nasib bler x beri $$$$…..
Aku sendiri pelik dengan undang undang PBT yang melarang dari memulakan sebarang perniagaan sebelum memperolehi lesen premis …sedangkan semasa permohonan lesen d hantar kita perlu melampirkan tenancy agreement…dan kita perlu membayar sewa+deposit api&air+security deposit…dan blaa..bla lagi…sekiranya proses mengambil masa yg berbulan bulan dengan kadar sewa RM3k sebulan…apa yg anda akan lakukan?????….
aku sokong pndapat raja painball..
ni aku nk tyna,
aku tgh plan nak bukak cc skang.
sebelum aku apply lesen2 yg berkaitan, aku kne cari/sewa kdai dulu ker??
lesen kena tanya PBT dulu camna. pastu kalau rasa boleh ada lesen atau boleh layan karenah PBT, baru sewa kedai..
Saya pun bersetuju dengan pendapat Raja Paint Ball. Namun begitu, kita harus faham akan undang-undang yang telah diwujudkan demi kepentingan ramai.
Namun begitu, masalah utama dalam bisnes ini adalah semasa kita menguruskannya. Baik daripada segi pelanggan, pekerja, bayaran yang harus diselesaikan hinggalah dengan persaingan. Itu lebih penting sebenarnya.
Sebarang pendapat bolehlah dikongsikan bersama saya. Untuk pengetahuan pembaca, saya juga pengusaha bisnes cyber centre baru. Segala komen bolehlah dikongsikan di http://kafecyber.blogspot.com.
CUAK JUGA KALAU AMBIK KEDIA DULU…BARU AMBIK LESEN..BUAT NYA LESEN TAK LEPAS…CAM PINBALL…NAYA NYA CITE…TP LAH KAN..SETAHU SAYA LAH…YG TAK DILULUS KAN CC NI BILA BERDEKATAN DGN PERUMAHAN ATAU TEMPAT2..PENEMPATAN…KALAU KT BANDAR2..KE..MMG KAWASAN NIAGA KE..LEPAS KOT…TP LG PELIK PUB N DISKO DKT DGN PERUMAHAN LEH LEPAS LESEN NYA..HAHAHA…ORG KAWASAN TU SENANG NK BERIADAH KT CLUB2..CAMTU KOT..BERBANDING CC YG BYK MEMBERI ILMU DIHUJUNG JARI…..
SALAM SEMUA..SY ADIK KPD PNGUSEHE CYBER CAFE NI
BKN KE LESEN SUDAH D BEKUKAN???
ALHMDLILAH KAKAK SY DPT LESEN CC NI
PLANET 19 CC NI D BUKAN KWASAN PRMAHN
TIADA MSLH..CUME YG SUSH SKRG BILA BT KWSAN PRUMAHAN NI MCM2 LAH DUGAAN NYE
XBLH TUTP SBLUM KUL 12 LAH..ORG KG BIASA LAH..SBLUM PLNET 19 D BUKE..SORG PN XTAHU PASAL INTERNET ATAU EMAIL..BILA DH PANDAI MEREKE NI KOMPLEN PLAK..SABAR JELAH IKUT MNA MEREKALAH YG BG DUIT LAIN LAH BANDAR..
UTK SESIAPA YG NK BUKAK CC D KWSAN PDLAMAN..1 INTERNET MSLAHNYE??? PASTI SLOW..APEPN KORG KNE LAH UPGRADE PAKAI 2 3 LINE TENET.. TENT LAJU GAMING PN KNE BEST..JG MASUK GAME YG MGARUT BT BRT PCJE NT..SAPE2 YG NK BUKAK CC APEPN KORG USHA DLU CC YG TIPTOP KAT TMPT KORG BR KORG BT CC..BKN SENG BEB….MODAL BESAR XPELAH UPAH ORG BT..SEKARG NI KLU BOLEH SAYA NK CARI SOFWAY UNTK ON OOF PC YG BGUS.YG XBLH ORG GODAM TIMER PC..PASTU SOFWAY UNTK BLOK PC2 LAIN YG BUKAK LAMAN WEB LUCAH.DAN LAGI SOFWAY YG BLH DELETE APE2 BENDE YG PC2 LAIN DOWNLOAD KAT PC AKAN D DELETE AUTOMTIK..KLU SAPE2 YG ADA SOFWAY YG SYA GTAU NI TLG LAH EMAIL AREDALUIS@YAHOO.COM.. SEMOGA BEJAYA CYBER CFE BUMIPUTRA..
Salam, kepada planet19 dan rakan pengusaha cc bumitera melayu yg lain bolehlah melawat facabook saya dan inbox masalah anda.Saya punya pengalaman sebagai technician d 2 buah cc bangsa cina dan pengurus d 1 buah cc melayu sebelum saya buka cc saya sendiri.Insyallah saya bantu masalah anda jika dalam kemampuan.
just add “Zainisam” di facebook ok.
Banyak cc Melayu benarkan blu dan Melayu yg pegi cc kerjanya layan/donlod blu (Tak semua). Tapi ini adalah masalah utama yang perlu dibanteras kerana menjejaskan imej cc. Berbeza dengan Cc cina yg aku penah pergi, menghalang pelanggannya dari melayan blu. Yg kena marah sbb cuba membuka laman blu adalah budak melayu. Pengalaman aku jaga CC dulu2, tak kira muka pecah, hensem, kopiah lekat di kepala juga tidak terelak dari pengaruh blu. Hancur la budak Melayu kalau blu2 ni tak disekat.
Salam..sekarang aku perhati kebanyakkan Cc yang hidup semua Cc lama.dah 5 tahun keatas…yang mana 1 tahun lebih semua huru hara.sekarang Cc ada untung lagi ke? kalau tak buat RM 1.2 sejam macam mana nak survive? laptop seken banyak.pc pun dah murah sekarang.
aku andaikan bisnes CC sama dengan bisnes pengangkutan macam bas dan taxi… by the way industri Cyvercafe wujud kerana PC dan laptop mahal bila laptop dan PC dah murah.mmg ada sedikit gangguan pada industri Cybercafe…
aku dengar cerita Cc kalau takde games tak boleh hidup betul ke?
Comment!