Salam…
Saya biasanya masuk mudah.my. Anda boleh dapati banyak perniagaan cyber cafe untuk dijual. Harga pulak boleh tahan. Ada yang tak masuk akal dan banyak yang agak mahal.
Perniagaan yang bagus tak kan tuan asal senang2 nak lepas. Paling senang, alasan nak gi luar negeri. alasan kena pindah negeri lah. Takde saper nak jagalah. Kalau bisness bagus, macam cara boleh usaha. Tapi ada gak yang betul2 lubuk..
http://www.mudah.my/li?ca=5_s&th=1&q=cyber+cafe&cg=6040&w=3
Ni senarai cybercafe yang nak dijual. Kalau dah melebihi rm100k, rasa-rasanya perlukan pertimbangan yang sangat wajar. Takleh main terjun saja.
Lagi satu yang saya duk perati, menjual peralatan cyber cafe. Harga biasa dalam rm10-18k untuk set 10pc dan peralatan network. Sebenarnya kalau jual peralatan sahaja, harga memang murah giler. Kalau korang tengok spec Dell + 17 crt tu, tu spec yang sangat lama. Harga market dalam rm350 satu set. Tu stok socket 478 dan ram DDR400.
Spec socket 775 pun dah lebih 3 tahun. jadi tolak susutnilai, harga sepatutnya kurang dari 50%. Kalau nak beli, buat survey dulu. jangan main taram jer.
Teringat kat seorang kawan atas kawan. Dia kerja cikgu sekolah. Nampak macam bisness cybercafe ni cam mudah. Jadi dia kongsi dengan 2 orang cikgu lagi. beli lah sebuah cybercafe dalam harga 20k. spec memang dah 5 tahun. 3-3 orang ni takde sorang pun yang boleh handle computer service. rosal, panggil technician luar. printer problem, panggil technician luar. sempat 3 bulan jer. tak tahan dengan duit poket yang kena keluar setiap bulan. dapatlah seorang 3 pc 2nd hand yang dah umur 5 tahun lebih.. masing2 pun dah masam2 muka dengan each others.. duit hilang, kawan hilang..
jadi, sebelum beli tu buat survey dulu. tengok market camna. takleh caya sangat log/report owner asal. derang janji leh juah sudah…

6 Comments until now.
Salam,
Sy baru bercita2 ingin mengambil alih 1 perniagaan dr mudah.com tuh…
bile bace thread nih wat sy berpikir 100x plak utk beli…
tp sy berminat sgt sbb sy rase kawasan tuh mmg strategik…
tp skrg sy rase sy kena byk lg wat homework…
n perlu tau lg harge2 pasaran skrg utk senang nk nego ngn owner kedain also kena tgk gak situasi sbnr keadaan cc itu…smade laku atau x..huhu
TQ 4 ur good info… (^^;)
Salam…
Saya pun berminat jgk nak take over bisnes cc ni…tp takut jgk…xkan nak main redah jek…
Spec dia lbh krg mcm ni…
- Location : In front of Milimewah ( memang strategik)
- Numbers of PC : 12 (Total Space for 16 units PC)
- 2 Units of Air Conditioner
- Wooden Flooring
- Plastered Ceiling
- 2 Units 16 ports Hub
- Rented License (1 Month RM450)
-Sewa Kedai (1 Month RM1500)
- Cyber Management Software ready.
Harga dia cakap RM25K…ptg esok baru nk gi tgk keadaan kedai tu mcm mana…
Thanks for your good info bro…
Lukman, camna? ok ker kedai tu?
bleh thn jugak harga tu…bleh dpt barang barang baru dengan qty mcm tu..kira betul betul sebelum terjah…lagi satu..strategi pulangan segera utk perniagaan ini ialah qty pc yg byk….at least 30unit..kengkawan aku byk handle cc cina..ader 1 tempat tu ader 400 unit komputer..korang nak tau…1 hari income static 20k ke atas
Saya pun tgh study nk bkak cc area kelantan. skrg tgh survey pc yg murah2 utk dbli scara pukal. Thaks krana berkongsi info bro.
kalau boleh cuba cari kedai yang boleh muat paling kurang 30pc. takpelah mulakan dengan 5-6pc pun.. janji sentiasa tambah sampai jumlah yang bagi income yang stabil.
sekarang saya nampak macam trend 50pc untuk 1 kedai. kalau 2 pintu, 100pc. tokei2 lama pun setup 2-3 kedai dengan setiap satu cc ada 50pc saja. sebelum ni trend paling banyak pc dalam 1 cc.
Comment!