Salam.

saya dapat ni dari salah satu komen dan saya jadikan post. agak menarik dan kita kongsi bersama.

Dari : Shahir

Saya tertarik dengan semua artikel & fakta yg saudara tulis dlm ni. Pendek kata semuanya banyak membantu menambahkan input infomasi bg individu yg baru berjinak-jinak dgn perniagaan & keusahawanan cybercafe ni.
Saya baru mulakan start business cyber cafe dalam Sept 2009 di kawasan kepong (sayalah kuli & sayalah boss buat masa sekarang-bersama rakan 1 kongsi)dgn modal 100k. Beberapa tinjauan kebeberapa lokasi cybercafe di area yg mana byk pesaingan dr bangsa lain..Byk spesifikasi yg perlu dititik beratkan selain dari :
- lesen
- lokasi yg strategik
- peralatan komputer yg canggih
- games online yg updated
- untung yg akan di peroleh
- dan sebagainya

dari sudut keselamatan iaitu pemasangan cctv dalam & luar kedai amatlah perlu di masukkan ke dalam kos juga. Pintu & sebarang tingkap belakang kedai juga harus di pasang geriji besi bg mengelakkan sebarang cubaan rompakkan.

Bagi cybercafe yg meriah dgn pelanggannya datang & pergi jika kena gaya business perlu selalu pantau juga aktiviti sekeliling takut nanti kedai kita jadi sarang transit pengedaran dadah, pil ecstacy & sebagainya.

Seperti saya hadapi setiap hari pelajar kes ponteng memang lepak di cyber memang saya tak bagi muka punya. Jika cuti sekolah lain cerita lah..mula jam 9.00pagi hingga 12tengahari memang akan ada mata-mata(polis penyamaran/undercover) akan buat tinjauan dlm kedai…sebab kes cekup budak skolah ni dah selalu sangat terjadi kat kedai saya ni..pening jugak di buatnya ..banyak kali sound budak-budak sekolah ni lagi dia datang..banyak kali jugaklah saya kena sound dgn polis tu..isskh

Sebagai side income saya ada beli freezer pintu berkaca untuk menjual minuman ringan, snek (keropok), kemudahan print-out document hitamputih & berwarna, dan fax document…boleh tahan juga untungnya…

Normal lah waktu urusniaga saya dr jam 9pagi hingga 3pagi..18jm satu hari..berbaloi juga hasilnya pulangannya setakat ini tapi amatlah berisiko..pandai-pandai sendiri jaga keselamatan & hartabenda kedai..stakat ni tiada pekara yg di ingini berlaku kerana kawasan saya kerap polis peronda buat rondaan ber-jadual…

sekian jumpa di lain hari!