Salam…

sejak kena serangan spam-bot ni, malas nak menulis.. apa punya alasan daaa…

nak buka cyber cafe kena ada 4 lesen.

1. Lesen premis
2. SSM
3. Lesen games
4. Lesen Microsoft

1. Lesen premis
Lesen premis ni PBT yang keluarkan. Untuk dapatkannya, rujuk PBT anda. Anda juga kena dapatkan kelulusan dari BOMBA. Banyak PBT yang dah tak keluarkan lesen ni. Apa-apapun rujuk PBT dulu. Jangan terus kata kena beku…

2. SSM
SSM ialah suruhanjaya syarikat malaysia. dengan berdaftar dengan SSM maknanya kita sah untuk menjalankan perniagaan. Boleh rujuk di pejabat SSM terdekat. laman web SSM http://www.ssm.com.my/.

3. Lesen Games
Semua games ada pengedarnya. Bukan dengan beli CD original, maknanya anda dah ada hak untuk gunakan di cyber cafe. Dalam t&c dan eula, software tersebut hanya sah untuk kegunaan personal. Untuk dibolehkan guna di cybercafe, kena dapatkan lesen games. Antara pengedar yang sah kat malaysia ni ialah Sendi Mutiara, dan ESA. laman web derang, korang cari sendiri sebab malas nak promo kat sini…

4. Lesen Microsoft
Lesen microsoft ni bukan lesen OS yang korang beli tu tapi ialah satu perjanjian bersama Microsoft dan CC korang. Dengan lesen ni, korang diberi hak untuk menggunakan lesen Microsoft yang original tu kat cc korang. Lesen ni ada yang panggil I-Cafe. Ada yang panggil Rental Right Agrement. Lesen ni macam no 3 jugak. Kalau korang dah ada CD original, ianya tidak sah untuk digunakan di CC. Ianya bertentangan dengan EULA (end-user license agreements) iaitu tidak dibenarkan untuk disewa. Camna nak dapat lesen ni? Contact kompeni yang no3 tu. Pasal ni akan saya ulas lebih panjang jika berkesempatan..