Salam.

sebelum ni saya tertanya2 jugak harga sebuah perniagaan. setelah duk perati harga org nak beli dan org nak jual, biasanya harga ni berdasarkan
1. harga stok semasa
2. harga aset semasa
3. harga perniagaan berdasarkan pada masa akan datang.


Kes 1 – Perniagaan yang berstok tinggi.
katakan perniagaan ni setiap tahun ada peningkatan jualan sebanyak 10%.
stok jualan ada 50k.
aset semasa ada 10pc yang dah 2 tahun pakai. harga lebih kurang ialah 5k. perabot dalam 5k.
untung bulanan lebih kurang 24k.
belanja + kos baik pulih + gaji + macam = 14k.
untung bersih dalam 10k sebulan.
nilai perniagaan akan datang = 8-10x untung bersih.

harga jualan = 50k + 10k + 100k = 160k. lebih kurang 140k – 160k.

kes 2 – Stok Sederhana + Cyber Cafe
peningkatan jualan tiada. perniagaan dah stabil.
stok – 30k
aset semasa – 20k
untung kasar lebih kurang 14k.
untung bersih dlm 6k.
nilai perniagaan 8-10x untung bersih
harga jualan = 30k + 20K + 60k = 110k.

kes 3 – Cyber Cafe
jualan tak stabil. ada tahun naik, ada tahun turun.
stok – takdak
aset semasa – 30pc yang dah lebih 3 tahun. 30x rm500 = rm15k
untung kasar – 8k
untung bersih – 2k
harga jualan = 15k + 20k = 35k.

CC 2nd biasa duk kat no 3 tu. agak berisiko untuk ambik alih. tapi high risk, high return.