Salam.
Suku pertama 2010 berlalu dengan rekod jualan yang terendah seperti tiga tahun lepas. Saya ada menulis mengenai gawat sebelum ini.. Meniaga pada masa-masa gawat ini agak mencabar. Mana-mana perniagaan yang tidak mampu bertahan, akan berkubur.
Saya mulakan dengan pengurusan mikro untuk aliran tunai. Dengan kaedah ini, saya mengawal setiap sen yang masuk dan keluar. Saya kena pastikan kebocoran/ketirisan yang ada adalah sangat minima.
Saya juga menganalisa semua belanja yang terlibat dan adakah cara lain untuk mengurangkan kos. Pengurangan kos boleh dibuat asalkan kualiti barangan dan kualiti pekerja tidak terjejas. Sebagai sebuah syarikat mikro, pengurangan gaji sukar untuk dibuat.
Walaupun terpaksa kurangkan kos, pemasaran perlu ditingkatkan. Mana-mana kaedah yang murah dan sesuai boleh digunakan. Gabungkan dengan tenaga kerja sedia ada, kos pemasaran akan lebih rendah.
Saya juga telah menyediakan beberapa pelan tindakan, jika pendapatan terus merudum. Yang paling penting, kita kena bertindak ikut keadaan. Jangan teruskan dengan cara biasa.
Bab kata pepatah, duit masih di dalam poket pengguna. Pastikan duit itu kita yang punya.
Salam.

0 Comments until now.
Comment!