Salam santai.

Saya tertarik kepada persoalan perniagaan pakaian bundle yang boleh korang baca di sini. Saya pernah terlibat dengan perniagaan pakaian terpakai ini pada tahun 2000. ummm.. dah 10 tahun rupa-rupanya.

Saya join dengan seorang so-called friend. Saya suntik modal RM2500. Modal ni saya dapat dengan jual motosikal Modenas Kriss saya yang berusia 10 bulan. Ingat lagi masa tu.. sedih gak tapi terpaksa tolak di kedai Tai Seng Kooi, Masai. Tan Seng Kooi ni racer zaman dulu-dulu. sebab minat dengan dia, saya jual motor kat kedai tu.. kekeke..

Berbalik pasal cerita perniagaan pakaian bundle terpakai ni… Dengan duit RM2500 tu saya pun joinlah.. Bro bundle tu memang dah lama meniaga bundle.. tapi biz slow dan takleh pusing modal. Lori loton dah ada dah. semua complete. Dengan duit tu, lebih kurang jer kami pergi jumpa tokei bundle seri alam. dekat-dekat pasir gudang gak…

belilah apa yang patut. semua yang kami beli ialah pakaian yang tak laku. gred rendah lah senang citer. t-shirt dalam 50sen sehelai. ada gak free. slack, jeans, track bottom, rm1.50 dah dapat. boronglah dalam 1k. banyak gaklah dapat. t-shirt 200 helai, baru rm100. penuh sesak lori tu…

Maka berniagalah… berniaga di sekitar pasir gudang / masai / seri alam. pukul 5 start berniaga. Lokasi, rumah kongsi indon. mula2 penat gak.. tapi lama2 biasa jer. sehari dapat dalam rm150. paling top dapat dalam rm500. paling busuk, dapat dalam rm50. tolak minyak lori. dapat rm20 seorang… kira2 untung kasar, dapatlah dalam rm1.5k sebulan..

Baki duit rm2500 hari tu, partner saya cadang beli bundle baru. masa tu bulan puasa. OK. belilah bundle tshirt + bundle jeans. dalam 1 karung bundle ni (karung ni seal. jadi kita tahulah bundle ni dah pernah dibuka ke belum), ada macam-macam gred baju. ada yang tahap buat lap keter jer.. bundle t-shirt takde rezeki. banyak oversize dan 2-3 helai jer branded. lain2 gaya hiphop j-pop jepun jer banyak.

bukak bundle jeans. bukak bundle ni best giler.. cam hadiah misteri gitu… sekali bukak, tengok ada dalam 40-50 helai Levi’s yang reject. semua logo ada lagi cuma ada cop irregular kat dalam. cuba cari kalau ada problem tapi takdak. semua ok. jadi suspect, overstock clear.. cuma.. mmm.. nak gelak pun ada. size nya semua sama. 27. saperlah yang pakai size ni.. sebab nak raya, boleh jual jugak lah dalam rm60-80 sehelai. harga satu bundle tu pada masa tu rm450.

atas sebab2 tertentu, saya give up… balik kampung…

Seronok teringat time tu. rasa cam nak start niaga balik.. tapi keadaan tak mengizinkan…

kalau area sini (terengganu), bisness bundle ni dah tahap tepu. penjual buat untung dengan jual yang ada harga saja. t-shirt metalicca / nirvana sampai RM150. dapat 2-3 helai, dah kaver kos. lagi 120 helai yang lain tak terjual. makin lama, makin banyak. stok saya dulu hampir penuh untuk bilik 10×10. tu stok tak terjual untuk 3 bulan jer..

kalau nak berniaga jugak

  • belajar dengan bro bundle yang terrer. jangan dapat kaki klepet dah..
  • jangan tiru style (sistem) orang. create cara sendiri..
  • fikir apa nak dibuat dengan stok tak habis jual tu.
  • boleh ker nak bersaing dengan otai bundle yang ada sampai 3 van, 9 pekerja kat satu tapak pasar malam? kalau boleh, go head.
  • jangan lupa solat. Kita boleh buat2 lupa Allah, tapi Allah tak pernah lupakan kita..

akhir kata, majluah perniagaan bundle untuk semua. Salam 1 Malaysia, 1 Bundle.