Salam.
Perniagaan apa-apa pun tak terlepas dari satu kitaran. Ada masa perniagaan begini top dan ada masa perniagaan begitu top. Sekarang bisness jual air jambu top sebab musim panas. Tapi pasti tak bertahan lama sebab bisness air tebu, air kelapa akan ambil alih pula.
Begitu juga dengan perniagaan komputer. Dari maklumat rakan-rakan seperjuangan, jualan merosot dengan ketara sejak awal tahun.
Ada perniagaan cyber cafe yang sebelum ni biasa-biasa je cecah RM9,000 sebulan, sekarang nak cecah RM3,000 pun susah. Macamana nak cover kos? Mahu pecah semua tabung ayam, itik dan arnab.
Ada seorang kawan yang buka 1 cawangan tahun lepas. Ok jugak start-up cost. Sekarang dah tutup dan kembali berkubu di perniagaan asal.
Mana pelanggan ni? Orang ramai lalu lalang tapi yang singgah membeli tu takde. Mungkin kena agresif, tarik tangan pelanggan kot..
Saya sendiri tak terlepas dari penangan gawat ini. Baki akaun perniagaan makin menipis. Sekarang masih melepasi tahap cover cost. Bulan-bulan yang akan datang, hanya Allah yang menentukan.
Orang tua-tua kata yang secupak tak akan jadi segantang. Dengan kerja keras, setengah cupak pun boleh jadi segantang. Walaupun segawat mana poket dan akaun kita, pastikan jangan lupa kepada mereka yang lebih memerlukan.
Semoga perniagaan dan hidup kita diberkati oleh Allah. Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah.
Salam ukhwah.

2 Comments until now.
Sekarnag trademark barang murah.kereta? baju? komputer? apa2 sahaja barang murah.jual barang mahal pun untung sama dengan barang murah.baik jual barnag murah.aku tengok kedai hardware kat kepong sampai kena bagi Calresbeg (arak) FREE bila beli tong cat dengan dia…teruk benor niaga sekarang…
pasal apa ini berlaku? ini dikenali sebagai EXisting market share.dimana pengguna sedia ada dan pengguna yang already use that product.become majoriti.yang new tak tahu guna tu jadik minoriti…Cth paling senang.Kereta.Banyak kereta dipasaran.terbaru dari China.tapi kenapa bila time kita sendiri beli kita nak beli murah? kerana kita tahu.kita dah kira.Minyak-insuran-sparepart=saman polis-risiko kena curik dek penyangak..so orang phobia…asal beli je duit selalu keluar….semua bende berbayar…so dalam kepala mereka yang sedia ada ni mereka nak murah…pastu mulalah kira minyak itu ini kalau betul2 murah (sambil amik kalkulator kira) baru dia beli….actually pengguna tak tahu bende murah tu ada beza dengan bende yang sebelum ni tapi disebabkan metaaliti `branded dan tak apa` maka diabaikan…tak paham??
cth kereta sekali lagi.berapa ramai orang guna 1st time guna kereta.berapa ramai yang pernah ada kereta.so kereta mereka ni ok.takde maslaah.bayar cantik.loan 9 tahun sampai kereta tu retak menanti belah….so next time nak beli atau tukar kereta…of course carik brand yang sama….so inside dalam kepala akan timbul:
“brand ni aku beli dulu elok 10 tahun boleh pakai“ so dia beli la lagi.padahal masa beli kereta yang lama tu dulu made in japan.body tu keras.ni beli kereta baru pembuat sama kilang pasang dah lain dah.
pakai-pakai 3 thaun tetiba ada problem…marah-marah kata tak elok…kutuk itu ini at the time masa tu manufature tu dah keluar model lain dah.yang model lain tu fix problem yang lama tu.
sekarang yang untung aksesories komputer.pengguna besar.satu orang ada satu pc.lap[top dah murah.korang nak beli kat sengheng atau tesco tu terpulang.branded atau sekehen dalam mudahg.com terpulang.mmg akesories untung sikit.tapi pengguna ramai.sifat akesories tak boleh repair.buang beli baru.bende ni tak ramai orang perasan.for them ini normal.
jom jual aksesori pulok. kat siam, dah start jual kat pasar malam dan pasar pagi. buleh jual 10 barang, margin rm10 satu. rm100 sehari. sebulan 8x, dah lepas bayar kete dan minyak kete.
Comment!