Salam.
Salah satu cara untuk kita merangka rancangan perniagaan ialah dengan imiginasi keadaan pada masa hadapan. Macamana bentuk perniagaan, ada berapa banyak barang, rak duduk kat mana, signboard bentuk macamana, ada berapa komputer. Benda ni dah ada dalam kepala kita paling kurang.
kaedah
1. layan dalam kepala
2. tulis dalam bentuk karangan
3. set tarikh nak capai
4. list down apa yang penting (no 2 tu dalam bentuk karangan, kalau mampu. kalau tak mampu, no 4 terus takpe).
5. cuba realisasikan pada tarikh yang kita dah set.
saya buat satu contoh.
Cerita cyber cafe saya 2011.
Pada masa ini, saya mempunyai sebuah cybercafe dengan 10 buah PC. Pada akhir tahun 2011 ini, cyber cafe saya akan mempunyai 14 buah komputer. Saya akan menambah sebuah komputer pada setiap 3 bulan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
Dengan pertambahan ini, pendapatan cyber cafe saya akan meningkat sebanyak 40% berbanding 2010. Pendapatan dari printing juga dijangka akan meningkat sebanyak 10%.
Kos bagi setiap komputer termasuk lesen windows ialah RM1,300. Saya akan menggunakan processor Intel Dual Core, memori 2GB, dan lain-lain spec yang biasa. Cybercafe saya hanya menyediakan games online sahaja, jadi saya tidak perlukan kad grafik. Jadi saya memperuntukkan sebanyak RM5,200 untuk kos pembelian komputer baru. Saya juga memperuntukkan RM800 untuk pembelian meja, kerusi dan wiring.
Saya juga menetapkan target sebanyak 75% daripada komputer saya berusia kurang 4 tahun. Target ini mesti dicapai sebelum akhir tahun 2011. Semua komputer saya juga mesti dilengkapkan dengan memori sekurang-kurangnya 1GB.
Kos baikpulih komputer lama dan upgrade dianggarkan sebanyak RM100 sebulan. Saya juga akan memasang streamyx berkapasiti 4MB/s.
Anggaran pendapatan saya berbanding purata 2010.
Jan – Mac : 110%
Apr – Jun : 120%
Jul – Sep : 130%
Okt – Dis : 140%
Pemasaran.
- Komputer yang tip top.
- Internet speed 4MB/s
- Diskaun pada tarikh tertentu.
- Mesra perempuan
salam.
Matdin

7 Comments until now.
alhamdulillah..makin ramai pengusaha melayu…lepas ni harap2 makin ramai juga pengusaha melayu yg menceburi bidang sofware development..mari kita azam tahun baru ni untuk conquer IT di malaysia…
nk tnya laa..awak pakai lesen office x?ke guna openoffice?
salam.
software dev pun ada kampeni melayu yang buat.
open office free, microsoft office berbayar.
tu yg saya tnya tu..cc awak pakai openoffice @ microsoft office?sbb baca post awak cuma bgtau lesen windows sahaja..
mmg ramai company melayu buat sofware dev..salah satunya company rakan saya..saya pon tgh mencari 1org partner untuk buat biz sofware dev…nk buat sorang2 mcm xyakin lak..hehe..ada saper2 nk join x?
ramai yang buat software development nim. ada beberapa rakan sekolah saya yang buat software sendiri. masalah yang utama (yang saya nampak) ialah masalah untuk memasarkan software tersebut. dari segi teknikal tiada masalah.
Mesra perempuan…. Permudahkan urusan mereka dan mereka akan jadi pelanggan tetap.
salam…
sya bminat dlm bidang pniagaan…dan ingin mcuba dlm bidang cc. sya tk tau langsung tentg bidang ni dan akn magmbil kursus insyallh..boleh sya tau dengan kos rm10k…adakah bolh membuka bisnes tsb…boleh sya dptkn senarai pkara2 yg perlu dibeli dan ada dlm sebuah cc..
tkasih
Huuu Huuuuu mesra perempuan derang ni lemah lembut dan sopan kurang le sikit koerosakan kat cc tq
Comment!