Assalamualaikum… ni dari wall NiagaIT. (boleh like, ada butang kat sebelah kanan).

Sapuan Samion To NiagaIT
Salam. Saja nak berkongsi. Saya berniaga cyber cafe dan trend sekarang perniagaan dibidang ini pada pandangan saya kurang menguntungkan. Apatah lagi dengan arahan pihak berkuasa tempatan di tempat saya ni melarang memasang apa-apa games langsung. Lagi teruk. Yang boleh cuma internet sahaja dan berapa ramai yang nak menggunakan internet? Dalam keadaan sekarang dengan laptop yang semakin murah dan berbagai2 pakej broadband mampu bayar yang ditawarkan oleh ISP. Hmmm.... nampaknya saya perlu tukar strategi dan bidang perniagaan ni... minta pendapat sahabat2

Saya pun mengalami masalah yg sama. terfikir camna nak selesaikan. dari rm170 sehari ke rm120, turun lagi ke RM100. Turun lagi dan lagi sampai nak cecah RM40 sehari pon susah.

akhirnya, saya tukar line 1mbps ke 4mbps. ada peningkatan penggunaan.
lepas tu, saya tukar harga. ada pertambahan sedikit.
sebab saya tak consentret sangat, jadi saya pon tak kisah sangat dengan CC ni. sekarang boleh dapat dalam RM60 sehari.

syukur. dah rezeki.

matdin97