Salam.. Seperti biasa, timbul dan tengelam. Agak sibuk dengan perkara2 seharian, dan tiada masa untuk update blog ni. Ada beberapa perkara yang menjadi perhatian saya. – Ada PA (perlindungan peribadi) yang serendah RM74 setahun untuk cover RM50,000. ok. Asalkan takaful, saya mesti pilih. – Kegawatan makin terasa. Jualan menurun ketahap terendah. Kena cari punca. – [...]
Archive for the ‘santai’ Category
Salam Santai
Salam… Ada masa saya terlalu sibuk dengan perniagaan. Jadi agak terbatas waktu untuk menulis di ruangan ini. Saya cuba tulis seikhlas yang mungkin. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi. Ada yang tanya, hebat sangat ker perniagaan saya? Jawapannya, perniagaan saya terletak di kawasan kampung saja. Takde hebat mana. Tulisan saya bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. [...]
Perjalanan Masih Jauh
Salam.. Dalam post sebelum ini, saya ada menyatakan jualan saya untuk 5 tahun pertama. Disebabkan statement ini, ada yang anggap saya jutawan. opsss belum lagi. InsyaAllah, pelan-pelan kayuh, bak kata Ayob (tokei cyber cafe di bus stand masai). Perjalanan saya baru 7 tahun. Banyak lagi yang saya belum tempuhi, antaranya ialah berniaga di musim gawat [...]
Internet Dah Pulih…. dan sedikit perancangan 2009
Salam. Line internet dah ok semula jadi semangat nak menulis pun dah mari semula. Idea ada banyak tapi masa nak menulis pulak takde. Masa ada, idea pulak sekerat jalan. 2009, saya mulakan dengan cat kedai. Saya juga wujudkan satu ruangan pejabat untuk saya sendiri. Belum siap sepenuhnya sebab takde masa sangat nak buat semua serentak. [...]
Bisness Komputer : Harga Memory Meningkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Harga part yang berkaitan dengan memory seperti RAM dan Flash Drive meningkat dengan mendadak. Flash drive meningkat sekitar 10-20%, manakala RAM pula meningkat lebih 20%. Menjelang Tahun Baru Cina, shortage sudah semestinya. jadi kalau ada peluang untuk simpan stok, beli jer berbanyak. Simpan sehingga Tahun Baru Cina. Ni predict saya saja. [...]
Santai – Bicara Awal Muharam
Assalamualakum… Internet masih lagi slow. Mood takde untuk menulis. Untuk kerja, sentiasa ada.. Beberapa perkara yang sedang saya buat
Internet Down == Stress Up
Assalamualaikum… Internet link ke europe down. Nampak macam putus tiga. Ini menjadikan orang2 yang hidup dalam dunia internet ni tension gile… saya stop kejap sementara internet ok. Selamat Menyambut Awal Muharam – Maal Hijrah. Hijrah ke arah perubahan yang positif…
Internet Marketing : Satu Cabang Niaga IT?
Assalamualaikum… Saya mendapat satu persoalan ini. Adakah Internet Marketing satu cabang perniagaan IT? mmmm.. tak tahu nak jawab apa. Internet marketing – satu kaedah pemasaran melalui internet. (email, blog, website dll). Tapi saya faham maksud penanya tu, Internet Marketing tu macam buat blog, jual e-book, adsense dan yang berkaitan..
Penyusunan Semula Kategori
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selepas menulis beberapa artikel, saya mula perasan, kategori dalam blog ini agak bercelaru. Pada asalnya saya mengikut cara Entrepreneur.Com. Bila satu topik agak panjang, jadi saya letak 2-3 kategori yang berkaitan. Makin lama makin haru.. Jadi saya akan cuba menyusun semula semua kategori. Saya juga akan menggunakan theme yang lebih tersusun [...]
Jom berzakat…
Assalamualaikum… Zakat merupakan rukun ke 4 dalam rukun Islam. Pentingnya zakat ini sehinggakan ianya di fardukan ke atas semua umat Islam. Bukan sekadar zakat fitrah, malah sebagai peniaga Muslim, kita juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat perniagaan dan zakat harta. Zakat tidak membebankan. Ianya sekadar 2.5% dari jumlah harta bersih kita. Jika 2.5% dibahagi dengan 12 [...]
Mudahnya Membeli Barangan Di Internet. Barangan Komputer, telefon, kereta, motosikal ada dijual dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga cara-cara untuk cepat dan mudah mendapat pendapatan tambahan sehingga menjadi jutawan internet.
